Empat Karektor
Utama Housmora

 

Reka Bentuk


Pendekatan konsep yang berteraskan moden; ringkas dan kemas sememangnya menjadi keutamaan pembeli pada hari ini. Kemasan reka bentuk merangkumi bentuk, ruang dan posisi satu satu bahagian rumah membuatkan anda jatuh cinta dengan kediaman yang sedia untuk diduduki. Dengan harga yang rendah ditawarkan, sememangnya kediaman Benahous sangat berbaloi untuk dimiliki sama ada untuk didiami mahupun disewakan.

Alam Sekitar


Tiada yang lebih baik selain berehat dirumah selepas seharian bekerja. Tambahan lagi, dengan wujudnya persekitaran yang tenang, trafik yang minima dan perumahan yang selamat untuk didiami, sememangnya ia akan menjadi satu pelaburan yang terbaik untuk hari ini dan masa akan datang. Benahous menyediakan pelbagai kemudahan untuk digunakan bersama seperti trek larian, kolam renang, gelanggang futsal dan bola keranjang serta taman permainan untuk si kecil mula bersahabat.

Kos Minimum


Dengan harga rumah serendah RM 158,000, perumahan yang selesa dan kondusif ditawarkan oleh Benahous ini sememangnya berpotensi tinggi untuk dimiliki oleh orang ramai dalam masa yang singkat. Terdapat pelbagai pilihan jenis rumah iaitu rumah teres, Semi D dan Kluster yang sedia didiami boleh dipertimbangkan.

Kesederhanaan


Gabungan reka bentuk yang moden, harga unit rumah yang mampu milik, dikelilingi tumbuhan hijau yang menenangkan serta pelbagai kemudahan yang disediakan, sememangnya perumahan Benahous berbaloi untuk dimiliki. Status HakMilik Kekal juga diberikan kepada pemilik rumah.

SEMAK KELAYAKAN