Ada banyak benda yang korang perlu sediakan dulu. Salah satu yang utama adalah ILMU.
Korang takkan berani bertindak selagi tak ambil tau tentang proses membeli rumah. Mesti korang suka baca apa yang bakal Mora kongsikan kejap lagi.
PS: Artikel ni agak panjang sikit. Mora tak nak pecahkan kepada siri sebab ini topik yang penting. Jangan cakap Mora tak pesan awal-awal ya..hehe..
Proses membeli rumah pasti akan memakan sedikit masa korang.
Kalau takde sebarang masalah, boleh settle awal. Tapi kalau nasib korang tak baik, boleh makan hampir setahun jugak la.
Bukan takde kes beli rumah yang memakan masa bertahun, baru selesai.
Beli rumah bukan macam beli pisang goreng. Dah beli, boleh korang makan terus (lagipun, tak best makan bila dah sejuk. Eh!).
Sejurus korang decide nak beli rumah daripada pemaju, korang perlu sediakan diri dengan banyak perkara. Lagi-lagi kalau ini pembelian rumah pertama korang.
Saya kongsikan satu persatu langkah-langkah mengikut pengalaman sendiri:
Mula-mula, mesti la korang kena cari rumah yang sesuai dengan kapasiti kewangan korang.
Maksud saya, kaji dulu kemampuan korang. Kalau gaji bersih korang (katakan) RM2,500 sebulan, takkan korang nak henjut beli rumah harga RM700,000?
Alamat sampai ke sudah korang tak lepas nak beli rumah tu.
Bila dah jumpa yang berkenan, pergi ke showroom projek tu dan jumpa ejen jualan dekat sana untuk letak duit booking.
Duit booking ini sebagai “pengeras awal” supaya rumah tu tak dibeli oleh orang lain. Dan kos booking ni akan berbeza antara developer yang ada.
Dalam kes saya, hanya perlu bayar RM500 je. Tapi dengan developer lain, ada yang kena bayar RM1,000. Ada juga yang kena sampai RM5,000.
Duit booking ni pulak, developer akan tolak daripada keseluruhan loan rumah yang pinjam daripada bank tu.
Maksudnya, kalau rumah tu harga RM300,000 dan korang dapat margin pembiayaan 90%, loan yang korang akan dapat adalah sebanyak RM270,000.
RM270,000 ni, korang tolak dengan duit booking yang korang bayar dekat developer tadi.
Ini jumlah loan rumah yang korang kena servis sampai tamat tempoh pembiayaan.
Saja nak tambah. Korang jugak boleh tanya developer (atau ejen mereka) sama ada pembelian korang tu ada sebarang hadiah percuma atau tak.
Kalau ikut pengalaman saya masa beli rumah dulu, saya dapat:
Oh, ada satu perkara paling penting yang korang kena ingat selalu.
“Kalau loan korang bank tak kasi lepas, apa akan jadi dengan duit booking tu?”
Okay. Saya nak korang fahamkan betul-betul apa yang saya kongsikan sekarang ni.
Sebelum korang sign LO (Letter Offer) daripada bank untuk dapatkan loan rumah, elakkan bayar duit booking tu dulu.
Kalau refer balik perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor sebelum ini, hampir 90% pembeli takkan dapat balik duit booking yang dah dibayar.
Siapa yang suka? Kita bukan letak seringgit dua. Kalau ya, kita pun tak kisah sangat duit tu hangus. Tapi kalau RM500 ke atas, senang ke hati korang nak burn duit macam tu je?
Nak jalan paling selamat? Korang pergi dulu ke bank dan kaji dulu kemampuan korang untuk dapatkan pinjaman.
Kalau confirm loan korang boleh lulus, baru bayar duit booking tanpa ragu-ragu.
Haa.. ini lagi best.. tak payah bayar duit booking.. lagi senang.. korang pun tak perlu nak risau apa-apa, takut duit booking korang hangus ke apa ke.. Kenapa nak bayar booking kalau dengan Housmora tak perlu bayar booking?? :p
Team Housmora boleh bantu korang.. tak percaya? klik butang kat bawah ni..
Disclaimer : Kami tidak akan menjual atau memberi maklumat anda kepada orang lain. Segala maklumat peribadi yang diberikan kepada kami adalah untuk tujuan semakan kelayakan anda untuk membeli rumah, dan juga bagi memudahkan urusan kami untuk membantu anda mendapatkan rumah yang bersesuaian dengan kelayakan anda.
Disclaimer: Kami tidak akan menjual atau memberi maklumat anda kepada orang lain.
Pastikan maklumat anda tepat sebelum hantar. Klik butang di atas untuk hantar & team Housmora akan menghubungi anda!
Disclaimer: Kami tidak akan menjual atau memberi maklumat anda kepada orang lain.